Thursday, August 27, 2009

Refleksi projek

Sila catatkan refleksi anda di sini.

Tuesday, August 25, 2009

Langkah mencuci tangan dengan betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun :

1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Cuci tangan dengan air bersih
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

4 langkah Mencuci Tangan Dengan Bahan Pencuci Tangan Berasaskan Alkohol (Hand Sanitizer/Hand Rub):

1. Tanggalkan barang kemas/balut bahagian luka
2. Keringkan tangan dengan tisu/tuala bersih
3. Letak bahan pencuci ke tapak tangan
4. Gosok tangan dengan bahan pencuci selama 1 minit

Beri perhatian apabila menggosok belakang tangan, jari, kuku, hujung jari dan celah jari
Amalkan Mencuci Tangan:

1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
4. Bila-bila masa tangan anda kotor

Influenza A(H1N1) : Penjagaan kesihatan diri di rumah

Jangkitan virus influenza A(H1N1) telah menular di kalangan masyarakat kita dan sesiapa sahaja berisiko dijangkiti virus ini. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelak virus ini dari terus merebak dan mengancam kesihatan kita semua.
Sekiranya anda berasa tidak sihat atau mengalami gejala selesema (influenza-like-illness), anda dinasihatkan untuk berada di rumah dan tidak pergi ke tempat kerja, sekolah atau mana-mana tempat awam.
Semasa berada di rumah, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut :

A. Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah

1. Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.

2. Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda
berasa lebih selesa.

3. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang
disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu
dihentikan.

4. Berehat secukupnya.

5. Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan
sup) bagi mengelakkan dehidrasi.

6. Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan seperti di Perkara (C) segera dapatkan
rawatan doktor.

7. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur,
tandas dan bilik mandi).

B. Nasihat Untuk Pesakit Dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah


1. Amalkan adab batuk yang baik
**Pesakit mesti mengamalkan adab batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila
batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan
alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

2. Tingkatkan penjagaan kebersihan diriPesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil
langkah-langkah berikut :
**Kerap mencuci tangan dengan sabun dan air atau bahan cuci tangan berasaskan alkohol.
**Keringkan tangan dengan tisu atau tuala yang berasingan untuk setiap ahli keluarga.
**Cuci pinggan-mangkuk dan peralatan lain serta permukaan-permukaan yang kerap disentuh,
dengan menggunakan bahan pencuci yang biasa digunakan di rumah.

3. Jangan kongsi peralatan peribadiPeralatan seperti pinggan-mangkuk dan kain seperti tuala,
cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu
dicuci dengan sabun dan air.

4. Menjarakkan diri (Penjarakan Sosial - Social Distancing)
**Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka sembuh, lazimnya
selama 7 hari.
**Pesakit seboleh-bolehnya diminta tinggal di bilik berasingan.
**Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil
seboleh-bolehnya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya (1
meter untuk menggelakkan jangkitan.
**Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau
hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan adab batuk yang baik
dan kerap mencuci tangan.

C. Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri Di Rumah

Secara amanya demam selesema boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hospital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut :

1. Masalah pernafasan : sesak nafas, semput, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu
2. Batuk berdarah atau kahak berdarah
3. Sakit dada berterusan
4. Cirit-birit atau muntah yang kerap
5. Demam berterusan melebihi 3 hari ataupun demam berulang selepas tiga hari pulih
6. Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan
7. Rasa pening apabila berdiri
8. Kurang kencing

Monday, August 24, 2009

Introduction




Kumpulan kami telah memilih tajuk penyakit berjangkit iaitu H1N1 yang telah meragut 69 nyawa di Malaysia untuk Project Based Learning. Unit ini bertujuan untuk meningkat kesedaran pelajar tentang amalan penjagaan kesihatan diri dan bagaimana mengawal penularan penyakit yang berjangkit iaitu H1N1. Pelajar akan memainkan peranan sebagai pegawai kesihatan. Pelajar akan membuat kajian dan seterusnya membuat pembentangan tentang bagaimana penyakit H1N1 berjangkit dan langkah-langkah pencegahan di dalam kelas. Pelajar akan menggunakan persembahan multimedia dalam pembentangan mereka.
Click Here : Unit Plan
** You need to register in order to see this file